Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hindustan Motors jual kereta Ambassador AS$12j

    NEW DELHI, 12 Feb – Hindustan Motors di India telah menjual kereta Ambassador kepada Peugeot di Perancis dengan harga AS$12 juta, mengakhiri kemerosotan untuk kenderaan yang menjadi lambang kelas politik negara.

    Kumpulan CK Birla, pemilik Hindustan Motors, telah menjual jenama kereta itu dengan harga 800 juta rupee kepada pengeluar kereta Perancis, jurucakap syarikat mengesahkan kepada AFP hari ini.

    Hindustan Motors, pengeluar kereta paling lama di India, menghentikan pengeluaran Ambassador pada tahun 2014 memetik hutang dan kekurangan permintaan kenderaan yang direka berdasarkan Morris Oxford di Britain.

    “Kami telah menjualnya dengan harga 800 juta rupee tetapi kami telahpun menghentikan pengeluaran di kilang hampir tiga tahun lalu. Kilang itu telah ditutup sejak itu,” kata pegawai.

    Pada bulan lalu, kumpulan Birla telah menandatangani satu perjanjian berasingan dengan Peugeot untuk menubuhkan dua usaha sama dengan kapasiti pengeluaran yang pada mulanya dianggarkan pada 100,000 kenderaan setahun menjelang tahun 2020.

    Kumpulan PSA, yang menghasilkan kereta Peugeot dan Citroen, berkata pada masa itu ia masih belum memutuskan model yang mana satu yang akan dibina di India.

    Ambassador pernah menguasai jalan India dan menjadi satu-satunya kereta yang dipandu oleh ahli politik dan pegawai kanan kerajaan bertahun-tahun lamanya.

    Namun kereta tersebut disingkirkan oleh kemasukan kenderaan yang lebih moden dalam beberapa tahun ini, terutamanya SUV yang semakin dipilih oleh birokrat senior.

    Kereta itu masih popular dengan beberapa pemandu teksi dan ahli politik dan pelancong yang mencari nostalgia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda