Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Hino akui palsukan data pencemaran

    TOKYO, 2 OGOS – Pembuat trak, Hino Motor yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Toyota, secara sistematiknya telah memalsukan data pencemaran sejak 2003 lagi, menurut satu keputusan penyiasatan dikeluarkan hari ini.

    Presidennya, Satoshi Ogiso tunduk dan meminta maaf kepada pelanggan dan pemegang sahamnya pada sidang media tergempar hari ini.

    “Saya benar-benar meminta maaf,” katanya. “Malangnya, salah laku ini sudah pun dilakukan ke atas pelbagai model secara berleluasa,” tambahnya.

    Pasukan yang membangunkan enjin tahu bahawa mereka tidak dapat memenuhi sasaran dan merasa tertekan sehinggakan mereka terpaksa memalsukan keputusan ujian, kata Ogiso. Ia membawa kepada lebih banyak penipuan ketika pekerja menyembunyikan kesalahan mereka,” katanya.

    Hino mengakui pada Mac bahawa ia telah memalsukan data selepas kerajaan meminta ujian ke atas pencemaran dan jarak. Sekumpulan pakar luar dilantik untuk menyiasatnya.

    Dalam laporan 17 muka surat, ia menyalahkan satu ‘budaya dalaman dan konservatif’ di syarikat itu yang membawa kepada kurangnya penglibatan dan perpaduan dalam kalangan pekerja.

    Pakar juga memberitahu wartawan bahawa kepimpinan syarikat gagal untuk melibatkan pekerja barisan hadapan, mengutamakan matlamat berasaskan nilai dan tarikh akhir serta mengabaikan prosedur operasi.

    Hino mengatakan ia mengambil serius dapatan penyiasatan itu dan akan merangka langkah-langkah mencegah pengulangannya, termasuk menubuhkan satu sistem pemeriksaan lebih baik, menyemak semula peraturan dan mempertingkatkan budaya korporatnya. – AP

    Gambar fail 19 Oktober 2004 memperlihatkan trak pertama Hino di Amerika Utara di kemudahan pengilangan paling lama Toyota di AS, TABC Inc, di Long Beach, California. Pembuat trak itu mengakui ia telah memalsukan data pencemaran sejak 2003 lagi, menurut pendedahan satu siasatan, 2 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...