Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    HK batal larangan penerbangan dari 9 negara

    HONG KONG, 21 MAC – Hong Kong akan menyambung kembali penerbangan dari Amerika Syarikat (AS), Britain dan tujuh negara lain, menurut pentadbiran wilayah itu hari ini ketika ia mengumumkan akan melonggarkan beberapa sekatan COVID-19 yang disifatkan paling tegas di dunia.

    Selepas varian yang sangat mudah dijangkiti itu mencetuskan gelombang baharu kes, pihak berkuasa dengan pantas mengenakan larangan pener-bangan ke atas lapan negara yang dianggap berisiko tinggi termasuk AS, Britain, Perancis dan India.

    Bagaimanapun, bilangan jangkitan melonjak dengan cepat dengan Hong Kong merekodkan lebih sejuta kes dan 5,600 kematian tahun ini, kebanyakan korban itu daripada kalangan individu tua yang tidak divaksinasi.

    Hari ini, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam berkata wilayah itu akan membatalkan larangan bagi sembilan negara bermula 1 April.

    “Situasi wabak di negara tersebut tidak lebih buruk dari Hong Kong, dan kebanyakan pengembara yang tiba tidak mempunyai gejala serius,” katanya semasa sidang media.

    Hong Kong juga mengurangkan tempoh kuarantin bagi pengunjung yang bervaksinasi bermula 1 April kepada tujuh hari di hotel dikhaskan, disusuli dengan tujuh hari lagi pengawasan di rumah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...