Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    HK benar petugas kesihatan China perangi penularan

    HONG KONG, 24 FEB – Pentadbir wilayah Hong Kong hari ini menggunakan kuasa kecemasan bagi membenarkan para doktor, jururawat dan petugas kesihatan lain dari tanah besar China membantunya memerangi penularan koronavirus yang di luar kawalannya.

    Metropolis yang padat penduduk itu kini dalam perang gelombang COVID-19 terburuknya, merekodkan beribu-ribu kes setiap hari yang membeban hospitalnya dan usaha kerajaan untuk mengasingkan orang dijangkiti dalam unit-unit tertentu.

    Pihak berkuasa Hong Kong sudah pun mengikuti strategi sifar COVID-19 sama dengan tanah besar China yang berjaya menghindari penularan besar-besaran yang dan mengurangkan kes-kes.

    Namun Hong Kong tersadung dalam langkahnya apabila varian mudah berjangkit Omicron tercetus, menerobos pertahanannya dan sejak itu sering meminta bantuan tanah besar.

    “Hong Kong sekarang berdepan situasi epidemik teruk yang semakin memburuk,” kata kerajaan dalam kenyataan ketika mengumumkan penggunaan kuasa kecemasan itu.

    Petugas perubatan tanah besar ketika ini tidak dibenarkan beroperasi di Hong Kong tanpa kelulusan peperiksaan tempatan dan memenuhi peraturan pelesenan.– AFP

    Gambar menunjukkan pemandangan dari tapak pembinaan kemudahan pengasingan sementara bagi menempatkan pesakit koronavirus yang dibina di Kai Tak, tapak lapangan terbang lama yang ditutup pada 1998 di Hong Kong, 24 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...