Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    HK berkas doktor, pesakit tipu sijil vaksinasi

    HONG KONG, 22 SEPT – Beberapa orang doktor Hong Kong dan lebih 20 pesakit telah ditahan atas dakwaan penipuan sijil pengecualian vaksin, umum polis hari ini.

    Vaksin koronavirus tidak wajib di Hong Kong tetapi bandar China itu menggunakan sistem kod kesihatan QR yang tidak memberikan akses kepada orang yang tidak divaksinasi untuk masuk ke kebanyakan premis awam.

    Hanya mereka yang mempunyai sijil pengecualian yang dikeluarkan oleh doktor masih boleh mengakses tempat tersebut.

    Polis mengumumkan lima doktor, tiga pembantu dan 22 pesakit telah ditahan bulan ini atas tuduhan ‘bersubahat untuk menipu’ selepas mendapat maklumat.

    Kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun.

    Lima doktor itu dituduh telah mengeluarkan hampir 24,000 pengecualian, dengan harga antara HK$350 hingga lebih HK$5,000 (sekitar AS$44-$640). – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    New Zealand larang guna telefon bimbit di sekolah

    WELLINGTON, 1 DIS – Telefon bimbit akan dilarang di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand, kata Perdana Menteri konservatif Christopher Luxon hari ini, ketika kerajaannya...