Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    HK buka semula sempadan dengan China

    HONG KONG, 5 JAN – Hong Kong (HK) akan mula membuka semula sempadannya dengan China pada Ahad dan membenarkan puluhan ribu orang menyeberangi sempadan masing-masing setiap hari tanpa kuarantin, kata pemimpin bandar.

    Pos pemeriksaan sempadan darat dan laut bandar itu dengan China telah ditutup selama tiga tahun di bawah strategi ‘sifar COVID’ China, yang telah mengawal kemasukan pelawat ke negara itu, mengasingkan orang dijangkiti dan menutup kawasan wabak. Pembukaan semula dijangka memberikan rangsangan yang amat diperlukan kepada ekonomi Hong Kong.

    Mulai Ahad, China juga akan menambah jumlah penerbangan di antara Hong Kong dan China serta membatalkan had ke atas jumlah penumpang yang menaiki pesawat dari bandar itu, kata kerajaan China dalam satu kenyataan.

    “Apabila pengembara memasuki China, mereka tidak perlu menjalani kuarantin,” kata Ketua Eksekutif HK, John Lee pada sidang media.

    Semasa fasa pertama pembukaan semula, empat pos pemeriksaan sempadan yang ditutup hampir tiga tahun akan meneruskan operasi, membawa jumlah tempat pemeriksaan yang beroperasi di bandar kepada tujuh, menurut Lee. Buat masa sekarang, hanya tiga pos pemeriksaan di Hong Kong yang ditutup.

    Kerajaan Hong Kong akan memutuskan bila akan menambah jumlah sempadan yang bakal dibuka selepas mengkaji semula situasi dengan pihak berkuasa China, tambah Lee.

    Di bawah sistem kuota, sehingga 60,000 orang boleh mengunjungi China dari Hong Kong setiap hari. Jumlah yang sama juga dikenakan ke atas pengembara yang memasuki bandar itu dari utara, katanya.

    Pengembara perlu mendapatkan keputusan ujian COVID negatif dalam masa 48 jam sebelum berlepas dan mendaftar dalam talian untuk mendapatkan satu slot kuota. – AP

    Penduduk berjalan di jalan di bandar Sheung Shui berdekatan sempadan China di Hong Kong kelmarin sebelum pembukaan sempadan pada 8 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...