Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    HK dijangka lancar pas vaksin

    HONG KONG, 21 FEB – Hong Kong akan melancarkan skim pas vaksin minggu ini, kata pegawai hari ini, ketika hospital bergelut di bawah penularan wabak dimarakkan oleh Omicron dan hab kewangan menyaksikan kes kematian tinggi.

    Metropolis yang padat penduduk itu pada masa ini dalam keadaan nazak akibat penularan koronavirus paling teruk, mendaftarkan ribuan kes setiap hari ketika hospital dan unit isolasi sudah dipenuhi.

    Bermula Khamis, semua penduduk berusia 12 tahun ke atas yang memasuki restoran dan kelab akan dikehendaki memberikan bukti sekurang-kurangnya menerima satu suntikan vaksin atau pengecualian doktor.

    “Semua orang perlu membawa rekod vaksin mereka atau pengecualian seperti kad ID mereka,” kata Kevin Choi, timbalan setiausaha makanan dan kesihatan, pada sebuah sidang media hari ini.

    Tempat awam lain – termasuk pasar basah, pasar raya, hospital dan premis kerajaan – tidak akan dikehendaki menunjukkan bukti, namun akan tertakluk kepada pemeriksaan mengejut oleh pihak berkuasa dan denda.

    Fasa skim seterusnya akan termasuk mengehendaki penduduk yang layak menerima tiga suntikan vaksin, tambah mereka.

    Pemimpin bandar, Carrie Lam bulan lalu mengatakan beliau berharap skim itu boleh menekan penduduk yang ragu-ragu dengan vaksin untuk mendapatkan suntikan.

    “Jika anda memilih untuk tidak divaksinasi…anda harus menanggung akibatnya,” katanya.

    Hong Kong, yang mengikuti dasar ‘sifar-COVID-19’ China, menikmati hari mereka setelah berbulan-bulan tiada jangkitan tempatan tahun lalu.

    Namun beberapa persediaan telah dibuat bagi menangani penularan besar-besaran dengan pakar dasar kesihatan berkata lebih banyak usaha harus dilakukan untuk merangsang kadar vaksinasi yang tidak seberapa itu ketika ini – terutamanya dalam kalangan warga emas, yang jumlahnya masih di bawah 50 peratus bagi dua suntikan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...