Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    HK hasrat sertai RCEP

    BEIJING, 23 FEB – Wilayah China, Hong Kong memberitahu satu permohonan untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah dikemukakan pada Januari dan dijangka menandatangani perjanjian secara rasmi selepas 18 bulan.

    Ketua Pengarah Perdagangan dan Perindustrian kerajaan HKSAR, Brian Lo Sai Hung berkata demikian dalam satu seminar secara maya, pada Isnin lalu.

    RCEP kini mempunyai 15 anggota, termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan 10 negara anggota ASEAN.

    Menurut Lo Sai Hung, jumlah perdagangan antara Hong Kong dengan anggota RCEP kini direkodkan sebanyak AS$962.6 bilion, manakala jumlah perkhidmatan pula mencatat AS$103 bilion, iaitu hampir 60 peratus daripada keseluruhan jumlah perdagangan di wilayah pentadbiran khas itu.

    “Penyertaan ke RCEP bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi di Hong Kong, malah mendorong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) setempat,” kata Lo.

    Timbalan Pengarah Eksekutif Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC), Patrick Lau percaya bahawa sekiranya permohonan itu berjaya, status Hong Kong sebagai hab perdagangan transit akan dapat dipertingkatkan. 

    Katanya, ia juga akan membantu menggalakkan pembangunan sektor profesional melibatkan kewangan dan undang-undang, selain mendorong kerjasama antara entiti ekonomi yang berbeza.

    Naib Ketua Setiausaha The Hong Kong Coalition, Kennedy Y H Wong pula berpendapat bahawa Hong Kong akan memperluas rangkaian perniagaannya dan membawa peluang perniagaan berterusan kepada anggota sekiranya menyertai RCEP.

    Pada Jun 2021, Ketua Eksekutif HKSAR, Carrie Lam memaklumkan Hong Kong mempunyai syarat mencukupi untuk menyertai RCEP.

    Beliau turut positif dengan menyertai RCEP, lebih banyak perusahaan Hong Kong akan berminat untuk melabur, sekali gus memacu pelaburan serta pembangunan pembinaan yang ber-kaitan di rantau ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...