Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    HK ke-38 tetap dipantau mengikut SOP

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Dengan mengikut nasihat Kementerian Kesihatan, beberapa prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi sepanjang Upacara Perhimpunan Agung Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 tahun.

    Antaranya adalah hanya individu berumur 12 tahun ke atas sahaja dibenarkan hadir manakala itu, individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, sakit tekak, batuk, selesema dan masalah pernafasan adalah tidak dibenarkan hadir.

    Perkara itu dijelaskan oleh Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan selaku setiausaha bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, semasa sidang media yang berlangsung di Dewan Balai Sarmayuda, dewan Bahasa dan Pustaka Lapangan Terbang Lama, Berakas, kelmarin.

    Beliau seterusnya menambah, semua jemputan, peserta, petugas dan orang ramai yang akan hadir adalah yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi (tiga dos adalah digalakkan) serta mesti mengimbas BruHealth (kod berwarna Hijau dan Kuning sahaja dibenarkan), memeriksa suhu badan, menjalankan ujian pantas antigen (ART) dan hanya ujian ART yang negatif sahaja dibenarkan menghadiri upacara berkenaan dan akan diberikan pelekat khas.

    Pelekat khas tersebut hendaklah dipakai pada setiap masa sepanjang upacara berlangsung. Menurut beliau lagi, stesen-stesen ART atau checkpoint akan disediakan di lokasi-lokasi strategik bagi orang ramai membuat ujian ART iaitu di kawasan letak kereta Jalan Elizabeth II, depan Bangunan SUK Lama, penghujung Jalan Pemancha, Gerbang Perpuspaan, kawasan letak kereta Kaizen, kawasan Lapau, kawasan letak kereta Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan kawasan letak kereta Surau Haji Abas.

    Orang ramai juga dikehendaki untuk membawa kad pengenalan masing-masing sebagai bukti pengenalan diri; pelitup muka hendaklah sentiasa dipakai; sentiasa mengamalkan kebersihan diri dengan mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan sanitasi tangan, serta mengamalkan penjarakan fizikal.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...