Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    HK kehabisan keranda, guna keranda kadbod sebagai alternatif

    HONG KONG, 29 MAC – Penularan koronavirus dahsyat di Hong Kong mengakibatkan jumlah kehilangan nyawa tahun ini kepada 6,000 orang – dan bandar itu kini sedang kehabisan keranda.

    Pihak berkuasa bergegas untuk menempah lebih banyak keranda, mengatakan 1,200 keranda sudah pun tiba di bandar itu minggu lalu dan lebih banyak lagi akan tiba.

    Kekangan ruang menjadikan pembakaran mayat satu amalan pengebumian lazim di wilayah padat penduduk itu dan keranda secara tipikalnya dibuat daripada kayu atau alat gentian kayu.

    Namun bagi menangani kekurangan itu, beberapa syarikat menawarkan alternatif seperti keranda kadbod mesra alam. LifeArt Asia mempunyai keranda kadbod diperbuat daripada fiber kayu dikitarkan semula yang boleh dibuat mengikut pesanan dengan rekaan pada bahagian luarannya. Di kilangnya di Aberdeen, sebuah daerah di selatan Hong Kong, sehingga 50 keranda boleh dihasilkan sehari.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wilson Tong mengatakan masih ada penentangan menggunakan keranda diperbuat daripada kadbod. “Orang ramai merasa ia agak memalukan menggunakan keranda yang digelar mereka keranda kertas. Mereka merasakan ia tidak menghormati orang tersayang,” kata Tong.

    Menurutnya, keranda kadbod semasa proses pembakaran hanya mengeluarkan 87 peratus kurang gas rumah hijau berbanding yang diperbuat daripada kayu atau alat gentian kayu. Keranda buatan syarikat itu juga boleh memuatkan berat badan sehingga 200 kilogram.

    Hong Kong melaporkan kira-kira 200 kematian harian secara puratanya beberapa minggu kebelakangan ini, ketika ramai penduduk warga emasnya yang tidak menerima vaksin meninggal dunia akibat COVID. – AP

    Wilson Tong bercakap dengan pemberita yang mencuba keranda kadbod buatan syarikat tersebut. Kematian meningkat di Hong Kong mengakibatkan ia kehabisan keranda dan menggunakan keranda alternatif seperti keranda kadbod. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...