Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

HK kesan varian baharu dari Afrika

-

MOSCOW, 26 NOV – Varian mutan COVID-19 baharu dan mungkin lebih mudah berjangkit, yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan, dikenal pasti pada dua pelancong di Hotel Lapangan Terbang Regal di Hong Kong, lapor Sputnik.

Pusat Perlindungan Kesihatan Hong Kong berkata analisis genetik lanjut mengesan varian mutan COVID-19 baharu B.1.1.529 pada dua pesakit itu, lapor akhbar Hong Kong, Standard kelmarin.

Pusat itu mengatakan urutan gen varian itu serupa dengan yang ditemui di Afrika Selatan dan Botswana, dan mencadangkan bahawa kes indeks ialah lelaki berusia 36 tahun yang tiba di Hong Kong dari Afrika Selatan.

Pusat itu turut melaporkan enam kes import, termasuk seorang anak damit perempuan berusia setahun, dua lelaki dan tiga wanita berumur antara 17 hingga 45 tahun, menurut laporan Standard.

Selain anak damit itu, lima pesakit  sudah pun menerima vaksin COVID-19 lengkap sebelum ini.

Pada awal November, pihak berkuasa kesihatan melaporkan jangkitan pertama strain Delta Plus COVID-19 di Hong Kong yang dikenali sebagai AY.4.2.

Pakar memberi amaran kemungkinan ia lebih mudah tersebar berbanding varian asal. – Bernama

Orang ramai berjalan ke arah Hotel Regal Airport di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong, 26 November, di mana varian baharu COVID-19 yang dianggap ‘ancaman utama’ dikesan daripada dua orang pelancong dari Afrika Selatan dan sejak itu menjangkiti seorang lelaki tempatan semasa dalam kuarantin. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -