Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    HK kurangkan tempoh kuarantin

    HONG KONG, 27 JAN – Hong Kong hari ini memendekkan kuarantin mandatori bagi pengunjung antarabangsa dari tiga minggu kepada dua minggu, meskipun bandar itu bergelut untuk menangani penularan virus membabitkan varian Omicron dan Delta.

    Seperti tanah besar China, Hong Kong merupakan salah satu dari beberapa tempat di dunia yang masih memburu strategi ‘sifar COVID-19’ namun ia menyebabkan hab kewangan antarabangsa itu terasing.

    Kemunculan varian Omicron yang mudah berjangkit telah menyaksikan bandar tersebut meningkatkan sekatan perjalanannya pada Disember – menutup sempadan kepada ketibaan penumpang dari lapan buah negara dan menyekat para penumpang yang transit dari lebih 150 destinasi.

    Namun pemimpin Hong Kong, Carrie Lam hari ini berkata bermula 5 Februari, tempoh kuarantin mandatori tiga minggu bagi semua ketibaan akan dikurangkan kepada dua minggu.

    “Semua penumpang yang tiba ke Hong Kong akan menjalani kuarantin mandatori 14 hari di hotel-hotel khas dan tujuh hari pemantauan sendiri di rumah,” katanya.

    Penumpang yang tiba akan dibenarkan meninggalkan rumah mereka semasa hari terakhir namun dikehendaki untuk mengambil ujian COVID-19 sekurang-kurangnya dua kali, tambahnya.

    Bagaimanapun, langkah penjarakan sosial di seluruh bandar itu – seperti tegahan makan di restoran selepas jam 6 petang – akan dilanjutkan dua minggu lagi, sementara sekolah-sekolah masih ditangguhkan. – AFP

    Seorang anggota polis berpakaian perlindungan penuh ketika mengawal penduduk yang berbaris bagi menjalani ujian COVID-19 susulan munculnya kluster kes koronavirus di estet perumahan Kwai Chung di HK pada 27 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...