Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    HK rampas meth 100kg

    HONG KONG, 14 NOV – Pegawai kastam Hong Kong merampas kira-kira 100 kilogram (kg) methamphetamine dalam peralatan industri dihantar dari Mexico, kata pihak berkuasa hari ini.

    Sebahagian alat tersebut, sebuah pengasing elektro magnetik yang mengasingkan partikel logam dari bahan lain, dilubangkan dan mengandungi meth kristal dianggarkan bernilai 60 juta dolar Hong Kong (AS$7.7 juta) menurut pihak berkuasa.

    Ia ditemui selepas peralatan itu menjalani imbasan X pada 24 Oktober sejurus tiba di lapangan terbang Hong Kong, menurut pegawai. Dengan bantuan anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba, pegawai mengambil masa kira-kira empat jam untuk memusnahkan lapisan demi lapisan dan menemui dadah di dalamnya.

    Rampasan dadah itu merupakan yang keempat melibatkan mesin besar dari negara-negara di Amerika tahun ini, menurut Alam Tam, Komando Unit Penyiasatan Kastam dan Eksesais Hong Kong.

    “Sindiket dadah licik ini berusaha sebaik mungkin untuk menggunakan syarikat logistik berbagai di seluruh dunia untuk menghantar barangan ke Hong Kong. Mereka menggunakan syarikat logistik lain untuk menghantar barangan ke negara lain dalam usaha menyukarkan proses pengesanan bagi para pegawai penguat kuasa undang-undang, yang ternyata lebih mencabar,” tambahnya.

    Dia bagaimanapun tidak menjelaskan destinasi akhir dadah yang dirampas kebelakangan ini. – AP

    Plastik-plastik disyaki mengandungi methamphetamine yang dirampas oleh pegawai Kastam dan Eksasi Hong Kong dipamerkan di Hong Kong. Menurut pegawai, sejumah 100kg methamphetamine itu disembunyikan dalam peralatan industri. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...