HK sambung perkhidmatan transit terhad

HONG KONG, 26 MEI – Hong Kong akan menyambung sebahagian perkhidmatan transit di lapangan terbang antarabangsa pada minggu depan, umum pemimpin bandar hari ini, tatkala hab perniagaan dibuka semula secara berperingkat sementara menjauhkan koronavirus.

Lapangan terbang Hong Kong adalah salah satu yang paling sibuk di dunia tetapi ketibaan dan penerbangan telah terjejas berikutan pandemik global.

“Perkhidmatan transit di lapangan terbang, yang telah digantung sejak 25 Mac, akan diteruskan sebahagiannya pada 1 Jun,” beritahu Ketua Eksekutif Carrie Lam kepada pemberita. – AFP