Ho Yeon siap sedia ke Hollywood

Selepas mencipta nama menerusi drama bersiri Squid Game, pelakon Jung Ho Yeon mengumumkan secara rasmi sedang bersiap sedia untuk memasuki pasaran Hollywood.

Jung Ho Yeon yang juga seorang model telah menandatangani kontrak di bawah agensi Creative Artists Agency (CAA).

Creative Artists Agency ialah agensi yang terbesar di Amerika Syarikat dengan pelanggan dalam industri filem, muzik, sukan, TV, permainan dan kandungan dalam talian. Beberapa selebriti terkenal yang berada di bawah agensi tersebut ialah Brad Pitt, Tom Hanks, Beyonce, Norah Jones, Cardi B dan Justin Bieber.

“Kami memutuskan untuk bekerjasama dengan CAA, salah satu agensi terbesar di Amerika Syarikat, untuk aktiviti globalnya. Tolong sokong Jung Ho Yeon semasa dia meneruskan aktivitinya di peringkat antarabangsa,” ujar Saram Entertainment. Jung Ho Yeon mengagumkan penonton dengan lakonannya yang realistik dalam siri asal Netflix Squid Game. – Agensi

Jung Ho Yeon mengumumkan secara rasmi sedang bersiap sedia untuk memasuki pasaran Hollywood. – Agensi