Hobbs & Shaw masih gah di persada carta

Oleh Zulkamal Haji Kamis

Meskipun berdepan dengan banyak filem baharu pada minggu ini namun filem hebat, Hobbs & Shaw masih berjaya mengekalkan kedudukannya di persada carta pecah panggung khususnya dalam pasaran domestik Amerika Utara.

Filem Fast & Furious yang dibintangi oleh Dwayne Johnson dan Jason Statham telah berjaya mengutip sekitar AS$25 juta pada minggu ini selepas dua minggu ditayangkan. Walaupun berjaya di persada carta namun kutipan filem ini menurun sekitar 58 peratus berbanding pada minggu pertama ia ditayangkan. Filem ini telah berjaya mengutip sekitar AS$224 juta di seluruh dunia.

Walaupun Hobbs & Shaw berjaya mengekalkan kedudukannya namun filem terbaharu dari Liongate, Scary Stories to Tell in The Dark seakan-akan mengejar kedudukan juara carta di mana pada minggu pertama, filem ini telah berjaya meraih sekitar AS$20 juta setelah ditayangkan di 3,135 buah pawagam di Amerika Utara.

Berdasarkan kepada siri bukan seram kanak-kanak, filem arahan Andre Ovredal ini diklasifikasikan sebagai PG-13. Filem Scary Stories to Tell in The Dark ini berjaya menyamakan kedudukan The Women in Black yang ditayangkan pada tahun 2012 di mana turut diterbitkan oleh CBS Film dan menerima sambutan yang hebat daripada orang ramai.

Pembuat filem tersebut teruja dengan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terhadap filem itu di mana filem itu mengisahkan mengenai cerita-cerita yang menakutkan. Filem Scary Stories to Tell in The Dark telah berjaya memecahkan jangkaan orang ramai.

Filem Fast & Furious yang dibintangi oleh Dwayne Johnson dan Jason Statham telah berjaya mengutip sekitar AS$25 juta pada minggu ini selepas dua minggu ditayangkan.
Filem Once Upon a Time in Hollywood berjaya meraih tempat di kedudukan yang kelima pada minggu ini dan mengutip sebanyak AS$11 juta.
Filem berkonsepkan komedi, dibintangi oleh Isabela Moner sebagai Dora, kebanyakannya ditonton oleh keluarga dan kaum wanita.
The Lion King masih gah berada di kedudukan yang ketiga pada minggu ini dan berjaya mengutip sekitar AS$20 juta selepas empat minggu berada di kedudukan carta.

Seperti filem Scary Stories, filem terbitan Paramounts, Dora and The Lost City of Gold, turut menampilkan pelakon-pelakon muda. Penuh dengan aksi kembara, berdasarkan kepada rancangan TV kanak-kanak, filem baharu ini telah berjaya mengutip sekitar AS$17 juta setelah ditayangkan di 3,735 buah pawagam di seluruh Amerika Utara. Filem ini memperuntukkan sekitar AS$50 juta untuk direalisasikan dan berjaya mengutip AS$19.5 juta di seluruh dunia.

Filem berkonsepkan komedi, dibintangi oleh Isabela Moner sebagai Dora, kebanyakannya ditonton oleh keluarga dan kaum wanita. Dianggarkan sekitar 43 peratus penonton terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak serta separuh daripadanya adalah kaum wanita.

Manakala filem baharu pada minggu ini, The Kitchen tidak berhasil untuk menewaskan Hobbs & Shaw setelah meraih keuntungan sekitar AS$5 juta. Filem ini telah menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Domhnall Gleeson, James Badge Dale dan Brian d’Arcy James. The Kitchen menerima kritikan yang sederhana daripada orang ramai dan juga penggiat seni.

Filem baharu yang lain

Selain The Kitchen, filem baharu yang turut ditayangkan pada minggu ini ialah The Art of Racing in The Rain yang berada di kedudukan keenam di hadapan filem The Kitchen. Filem yang berkonsepkan keluarga dan berdasarkan kepada sebuah novel oleh Garth Stein ini merupakan keluaran terkini Disney selepas syarikat itu membeli 20th Century Fox.

Seterusnya, filem baharu Brian Banks berada di kedudukan yang ke-12 pada minggu ini selepas berjaya mengutip sekitar AS$2 juta. Filem yang mengisahkan mengenai cerita benar pemain bola ini cuba memaparkan kisah pemain itu yang berjuang bagi menuntut kebebasan setelah dia disabit melakukan aktiviti jenayah.

Manakala filem yang menduduki carta ke-10, Bring The Soul: The Movie mengisahkan mengenai dokumentari mengenai kumpulan pop sensasi, BTS dan berjaya mengutip sekitar AS$2 juta selepas ditayangkan di 873 buah pawagam di seluruh Amerika Utara.

Apabila kebanyakan penonton mengabaikan kedatangan filem baharu, The Lion King masih gah berada di kedudukan yang ketiga pada minggu ini dan berjaya mengutip sekitar AS$20 juta selepas empat minggu berada di kedudukan carta pecah panggung.

Filem The Lion King secara keseluruhannya telah berjaya mengutip AS$472 juta di Amerika Utara, kutipan kedua tertinggi dalam pasaran domestik.

Manakala filem Once Upon a Time in Hollywood berjaya meraih tempat di kedudukan yang kelima pada minggu ini dan mengutip sebanyak AS$11 juta. Filem R-Rated ini berjaya mencecah sekitar AS$100 juta, menjadikannya satu-satunya filem musim panas yang mencapai angka tiga kali ganda.

Bagi filem baharu yang tidak mencapai kedudukan teratas carta pecah panggung seperti The Peanut Butter Falcon telah berjaya meraih sekitar AS$205,000 setelah ditayangkan di 17 buah pawagam. Filem ini dibintangi oleh Shia LaBeouf dan Dakota Johnson.

Selain itu, filem berkonsepkan dokumentari One Child Nation berjaya mengutip AS$11,000 selepas ditayangkan di dua buah pawagam di New York dan Los Angeles.

Memang banyak lagi filem baharu yang ditayangkan pada minggu ini namun apa yang menyedihkan tidak satu pun filem-filem baharu tersebut berjaya mengalahkan juara carta, Hobbs & Shaw.

Kesimpulannya, kedudukan carta pecah panggung pada minggu ini masih tidak menunjukkan sebarang peningkatan malah penurunan sekitar 6 peratus berbanding pada tahun lepas.

Walaupun pada bulan Ogos ini, banyak filem-filem baharu telah ditayangkan namun masih tidak berhasil menyamai kedudukan tahun lepas. Selepas ini, filem baharu IT, Chapter Two bakal dikeluarkan dan adakah ia akan berjaya merubah kedudukan carta, kita sama-sama nantikannya. – Agensi