Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Hobi bela ayam, sumber rezeki pesara guru

    MACHANG – Bermula sekadar hobi, seorang pesara guru kini meraih pendapatan lumayan daripada menternak ayam kampung.

    Malah, Mohd Adnan Mamat, 62, berkata minat mendalam terhadap bidang penternakan menyebabkannya mengambil keputusan bersara awal pada tahun 2015.

    Katanya, sebaik bersara, beliau mengikuti kursus di dalam dan luar negara seperti di Indonesia mengenai kaedah penternakan ayam kampung secara komersial.

    “Pada permulaan, saya menggunakan modal sendiri, sebelum mendapat bantuan peralatan bernilai RM10,000 daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta Bantuan Al-Falah Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd berjumlah RM7,000.

    “Ayam kampung dijual pada harga RM13 sekilogram.

    “Saya mampu mendapat pulangan sekitar RM3,000 sebulan hasil jualan ayam kampung ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Jenereh Bongkok hari ini.

    Bercerita lanjut, Mohd Adnan berkata ternakan itu mudah dijaga menerusi kaedah yang betul, seterusnya mengurangkan risiko terkena serangan penyakit.

    “Saya beri ayam kampung peliharaan makan dua kali sehari pada sebelah pagi dan petang seperti sisa makanan, dedak dan jagung.

    “Ayam kampung mempunyai permintaan sangat tinggi sehingga menyebabkan saya tidak menang tangan untuk penuhi permintaan.

    “Saya kini memiliki dua reban ayam bagi memastikan bekalan ayam tidak putus,” katanya. – Bernama

    Mohd Adnan Mamat menggunakan alat inkubator bagi proses pengeraman telur ayam kampung ketika ditemui pemberita di rumahnya. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...