Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hobi memburu bertukar kepada pengusaha zoo di Mesir

    CAIRO – Kebanyakan penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan kejiranan Abu Rawash iaitu hanya beberapa kilometer dari Piramid Giza memang terkenal sebagai masyarakat yang suka berburu dan mengumpul serta memelihara pelbagai jenis reptilia eksotik dan juga menarik. Salah seorang penduduk itu ialah, Salah Tolba. Beliau telah menjadikan hobi pemburu itu kepada membuka satu perniagaan pameran zoo persendirian dan telah mendapat lesen dan kebenaran daripada pihak yang bertanggungjawab.

    Zoo persendirian beliau itu dinamakan sebagai Africano Tolba Village dan telah dirasmikan sendiri oleh pemburu yang berusia 50 tahun, Salah Tolba. Zoo milik beliau itu mempunyai dua kawasan lapang yang memuatkan seekor singa manakala dua ekor singa pula diletakkan di sebuah ladang yang sedikit kecil berdepan dengan pintu masuk zoo tersebut. Apa yang menarik, zoo tersebut dikelilingi dengan kurungan pelbagai jenis haiwan, reptilian dan juga pelbagai jenis burung yang menarik.

    “Saya telah mewarisi teknik dan kepakaran dalam bidang memburu daripada ayah saya sendiri dan saya telah merasmikan sendiri pembukaan zoo ini malah pembukaan zoo ini memang niat dan cita-cita saya dari dulu lagi. Di zoo ini, saya mempunyai sekitar 20 ekor jenis raptilia dan 10 hingga 15 ekor pelbagai jenis haiwan. Kesemua haiwan ini merupakan milik saya sendiri dan saya menganggapnya sangat istimewa,” kata Tolba kepada wartawan Xinhua. Apa yang pasti perusahaan yang beliau jalankan ini sudah berjalan lama di dalam keluarganya dan sehingga ke hari ini sudah mencecah 200 tahun. Legasi itu telah diturunkan dan dijalankan sendiri oleh Salah Tolba.

    Penelitian dalam

    Tolba turut berkata bahawa beliau telah memperolehi lesen untuk memperkembangkan lagi zoo ini selepas beberapa ahli komuniti dari pihak berkuasa awam dan kementerian persekitaran melawat dan mengunjungi zoo tersebut dan akhirnya pihak tersebut telah meluluskan perusahaannya dan berjalan sehingga ke hari ini. “Sebenarnya saya telah mengambil masa sekitar 5 tahun untuk menyediakan segala keperluan bagi memperkembangkan lagi zoo ini dan akhirnya, zoo saya ini telah berjaya dibukakan untuk kunjungan orang ramai pada tahun 2013,” tambah Solba lagi kepada wartawan Xinhua.

    Zoo persendirian itu dinamakan sebagai Africano Tolba Village dan telah dirasmikan sendiri oleh pemburu yang berusia 50 tahun, Salah Tolba. – Xinhua
    Zoo persendirian itu dinamakan sebagai Africano Tolba Village dan telah dirasmikan sendiri oleh pemburu yang berusia 50 tahun, Salah Tolba. – Xinhua
    Kebanyakan pengunjung merasa terpesona dan terhibur dengan pameran anaconda dan singa di mana mereka boleh menyentuh dan memegangnya. – Xinhua
    Kebanyakan pengunjung merasa terpesona dan terhibur dengan pameran anaconda dan singa di mana mereka boleh menyentuh dan memegangnya. – Xinhua

    Pemburu yang sudah berusia itu berkata bahawa beliau telah membeli tiga ekor singa daripada sebuah zoo yang dimiliki oleh kementerian pertanian Mesir, Zoo Giza. “Saya tidak membelinya hanya semata-mata kerana untuk mempamerkannya namun saya membelinya untuk memperbanyakkan proses pembiakan dan reproduktif. Salah seekor singa tersebut saya namanya sebagai Udayy selaras dengan nama lelaki di tanah Arab dan Udayy merupakan seekor singga jantan manakala dua ekor singa betina pula saya namakannya sebagai Nancy dan Haifaa,” kata Solba lagi kepada wartawan Xinhua.

    Tolba turut berkata bahawa beliau telah membina zoo itu hanya di bawah rumah beliau iaitu di tingkat bawah kediaman beliau. Perkara ini memastikan bahawa beliau ingin selalu dekat dengan haiwan-haiwan tersebut dan menjaganya dengan lebih baik dan penuh kasih sayang. Memelihara dan membesarkan haiwan-haiwan liar ini sebenarnya sangat mencabar malah baru-baru ini timbul satu konflik dan perbahasan di mana seekor singa telah terlepas dari sebuah sangkar haiwan liar dan telah membunuh seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Mesir.

    Haiwan-haiwan liar itu dimiliki oleh seorang pensyarah universiti yang tinggal di kawasan kejiranan kampung Ayyat Giza. Malah beberapa pusat pemeliharaan haiwan juga menyediakan persembahan sarkas untuk hiburan penonton namun pada bulan November, seekor singa telah menyerang jurulatihnya yang berusia 25 tahun sewaktu membuat persembahan di Alexandria di depan budak-budak sekolah menimbulkan satu ancaman dan perbahasan yang sengit.

    “Saya sering tidur berdekatan dengan haiwan-haiwan ini dan saya sering kali melawat dan memastikan kurungan haiwan-haiwan ini sentiasa dalam keadaan terkunci dan jika saya terlupa untuk mengunci kurungan singa tersebut, ia akan mendatangkan satu risiko seseorang mungkin akan terbunuh, oleh itu saya cuba mengelakkan perkara itu daripada berlaku. Jika perkara itu berlaku, saya boleh kehilangan lesen saya dan zoo ini mungkin akan ditutup untuk selama-lamanya,” kata Solba kepada wartawan Xinhua.

    Cucu Salah Tolba turut menghulurkan bantuan dalam menjaga beberapa haiwan tersebut dan tidak merasa takut malah berani terutama ketika mencuci kurungan seekor ular yang berbisa. – Xinhua
    Cucu Salah Tolba turut menghulurkan bantuan dalam menjaga beberapa haiwan tersebut dan tidak merasa takut malah berani terutama ketika mencuci kurungan seekor ular yang berbisa. – Xinhua

    Terdiri ahli keluarga

    Kebanyakan pekerja-pekerja zoo tersebut terdiri daripada ahli keluarga Tolba. Isteri Tolba, anak dan juga adik-beradik sering membantu beliau dalam membersihkan, memberi makan dan menjaga kesejahteraan setiap haiwan di dalam zoo tersebut bagi memastikan keadaannya baik dan terjaga. Apa yang menarik, cucu Tolba turut menghulurkan bantuan dalam menjaga beberapa haiwan tersebut dan tidak merasa takut malah berani terutama ketika mencuci kurungan seekor ular yang berbisa.

    Kebanyakan pengunjung terdiri daripada kaum wanita dan anak-anak. Zoo tersebut turut menghulurkan beberapa informasi dan pengetahuan kepada kanak-kanak tentang spesies-spesies haiwan yang terdapat di dalam zoo tersebut. Sesetengah mereka merasa seronok dan gembira terutama ketika melihat singa-singa yang ada di dalam zoo tersebut. Selain singa, kanak-kanak tersebut dihiburkan lagi dengan gaya lincah seekor monyet, hyenas, kucing liar, ular, cicak dan burung-burung yang berterbangan di sekitar zoo tersebut. “Zoo saya ini telah menerima sekurang-kurangnya 5000 pelawat dalam masa satu tahun dan kebanyakan pengunjung merasa terpesona dan terhibur dengan pameran anakonda dan singa di mana mereka boleh menyentuh dan memegangnya,” kata Tolba kepada wartawan.

    Tolba turut berkata bahawa keuntungan yang diperolehi dalam menjalankan perniagaan ini dianggarkan sekitar AS$8,000 dolar sebulan dan zoo itu menerima sekitar 100 pengunjung dalam masa satu bulan. Tolba berkata bahawa beliau sebenarnya berhajat besar untuk memperkembangkan lagi zoo tersebut tapi dengan perlahan-lahan malah untuk mengusahakan perniagaan ini, beliau perlu menanamkan rasa kesabaran yang sangat tinggi. Bagi mempelbagaikan lagi khidmat di dalam zoo tersebut, Salah Tolba turut membina satu ruang kafe bagi memudahkan orang ramai untuk beristirehat sambil melihat haiwan-haiwan tersebut.

    Beliau turut menambah bahawa keluarganya sering menyumbangkan beberapa kajian saintifik khususnya di Mesir bagi tujuan perubatan dan sebagainya. “Ketika ini, saya cuba untuk menubuhkan satu bidang anti racun ular untuk tujuan kesihatan dan akan melibatkan beberapa buah organisasi dari dalam dan luar negara namun ketika ini saya masih lagi mencari-cari rakan kongsi dalam sama-sama menjayakan ideologi ini untuk kepentingan orang ramai khususnya,” tambah Tolba mengakiri temu ramah. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda