LONDON, 10 Jan – Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson memuji sistem video bantuan pengadil (VAR) selepas buat kali pertama diperkenalkan dalam pertandingan bola sepak Inggeris susulan insiden mengelirukan yang berlaku semasa Brigthon menjaringkan gol kemenangan.
Pemain Brighton Glenn Murray menjaringkan gol lewat yang menyaksikan pasukan tuan rumah menang 2-1 ke atas Palace dalam saingan Piala FA pusingan ketiga tempoh hari tetapi berhubung dengan bola terkena tangan, para pemain, penonton tv dan yang berada di padang keliru adakah VAR mempengaruhi keputusan itu.
Menurut Hodgson dan pengurus Brighton, Chris Hughton, pengadil perlawanan Andre Marriner telah menghubungi rakan pengadil Neil Swarbrick yang mengendalikan VAR dari studio London, mengenai gol itu.
Marriner tidak mengatakan bahawa penggunaan monitor VAR di tepi padang mempengaruhi insiden kekeliruan yang telah berlaku dan Hodgson berkata: “Timbulnya keraguan. Orang yang berada hampir dengannya merasakan sesuatu dan dari sudut kami dia melantunkan bola ke arah tangannya.
“Anda perlu memuji sistem itu: apabila anda melihat banyak kali dari pelbagai sudut, ia kelihatan sepert gol yang sah.
“Ia memang gol dan pengadil dibantu oleh Swarbrick yang berada dalam studio VAR melakukan penilaian jadi saya tidak perlu mengadu lagi.”
Penggunaan sistem VAR sekarang dalam sesi percubaan di Itali dan Jerman dan telah digunakan buat pertama kali dalam perlawanan rasmi di Britain semasa perlawanan persahabatan antara England dan Jerman pada November lalu.
Sebahagian daripada penyokong mengkritik penggunaan itu kerana ia memperlahankan perlawanan, ia digunakan untuk ‘kesalahan yang jelas dan nampak’ berhubung dengan gol, keputusan penalti, kad merah dan kesalahan identiti ketika memberikan kad merah atau kad kuning.
VAR secara automatik akan memeriksa insiden yang relevan dan memaklumkan kepada pengadil jika perlu. Pengadil mempunyai kuasa untuk menukar keputusan yang asal berdasarkan informasi baru dari VAR atau melihat ulang tayang dari tepi padang. – AFP