BERLIN, 6 OKT – Empat hari selepas membelasah Tottenham di Eropah, Bayern mengalami kekalahan pertama mereka musim ini apabila dikejutkan dengan kekalahan 2-1 di laman sendiri kepada Hoffenheim dalam saingan Bundesliga.
Dua gol di separuh masa kedua menerusi Sargis Adamyan telah mengesahkan kemenangan pertama di Bayern buat Hoffenheim ketika skuad kendalian Niko Kovac ‘terhempas’ sekembali mereka di Jerman susulan kemenangan 7-2 dalam aksi Liga Juara-Juara ke atas Spurs.
Kedudukan Bayern kekal di persada liga, hanya dibezakan dengan kelebihan jaringan dengan RB Leipzig, Freiburg, Schalke dan Bayer Leverkerusan, dengan kesemua lima pasukan teratas mempunyai 14 mata.
Borussia Moenchengladbach, yang berada di kedudukan keenam, mampu menamatkan hujung minggu sekiranya mereka menewaskan Augsburg di tempat sendiri hari ini.
“Kami gagal mengulangi persembahan hebat kami baru-baru ini,” Akui Kovac.
“Selepas rehat, kami membuat banyak kesilapan dan gagal memberikan tekanan ke atas mereka. Kemenangan Hoffenheim adalah selayaknya.”
Ia adalah kekalahan pertama Bayern di tempat sendiri sejak hampir setahun.
Robert Lewandowski menyamakan kedudukan bagi golnya ke-11 musim ini, menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut sebelum Adam meledakkan gol kemenangan melalui jaringan keduanya pada minit ke-79, sekali gus mendiamkan Allianz Arena. – AFP



































