Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    HOGB anjur kembara ke Kota Kinabalu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Harley Owners Group Brunei (HOGB) Chapter baru-baru ini mengadakan pengembaraan sulung menggunakan motor Harley Davidson ke Kota Kinabalu, Sabah setelah lebih dua tahun terhenti disebabkan penularan pandemik COVID.

    Acara tahunan yang disertai lebih 10 orang ahli HOGB tersebut diketuai oleh Road Captain, Haji Mohd Sharul bin Haji Abdul Hamid.

    Pengarah HOGB, Awang Abdul Malek bin Hamdani berkata, mereka memulakan acara dengan mematuhi panduan-panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah disarankan oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua peserta.

    “Acara ini menggunakan jalan darat bermula di Negara Brunei Darussalam daripada pos kawalan Labu Temburong melintasi Lawas, Sipitang, Bongawan dan seterusnya menggunakan lebuh raya Trans-Borneo baharu di Sabah menuju ke bandar Kota Kinabalu.

    “Di sana, kami berhenti di Harley Davidson Dealer Kota Kinabalu dan bertemu dengan sahabat-sahabat penunggang Harley Davidson dari Sabah,” jelasnya.

    Di samping acara menunggang motosikal tersebut, tambah beliau, mereka juga mengeratkan silaturahim dan bertukar-tukar idea serta pandangan sekali gus mengadakan mesyuarat bagi mengadakan acara seterusnya pada Disember 2022 iaitu International HOG Rally Tour d’ Sabah yang akan disertai oleh beberapa buah negara Asia.

    Antara ahli HOGB yang menyertai pengembaraan bermotor menuju Kota Kinabalu. – Gambar serahan HOGB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...