Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

Hollywood bikin semula filem Mrs K

-

Siapa tidak curiga apabila individu tidak dikenali yang mendakwa menetap di Amerika Syarikat (AS), tiba-tiba melayangkan e-mel menyatakan hasrat membikin semula filem Mrs K yang pernah dihasilkan pada 2016.

Bimbang ditipu, apatah ketika ini banyak sindiket ‘scam’ berleluasa, pengarah filem Mrs K, Ho Yuhang bersama penerbit, Lorna Tee mengambil inisiatif mencari maklumat mengenai individu terbabit dan syarikat produksi yang berhasrat menghasilkan semula naskhah berkenaan.

“Sebenarnya, dua tahun lalu, Lorna menerima e-mel daripada seorang penerbit di AS yang menyatakan hasrat membikin semula filem Mrs K.

“Pada mulanya, kami ragu-ragu, namun selepas mencari maklumat mengenai latar belakang syarikat produksi dan sebagainya, ternyata individu dan organisasi terbabit wujud,” katanya kepada wartawan.

Yuhang berkata, penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia ketika itu memaksa mereka mengatur sesi perbincangan secara maya.

“Syarikat 87North Productions yang menerbitkan filem box office, Bullet Train paling teruja untuk menghasilkan semula filem Mrs K.

“Jadi, saya dan Lorna bersetuju bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Yuhang berkata, penerbit akan menggunakan struktur dan jalan cerita asal. Namun, katanya, penulis skrip mempunyai interpretasi sendiri.

“Setakat ini, kami masih belum tahu lagi. Bagaimanapun, kami berharap dapat melihat bagaimana cara mereka bikin filem,” katanya. – Agensi

Yuhang (tengah) semasa pembikinan filem Mrs K. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -