Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Homa buat kejutan di Well Fargo

    WASHINGTON, 6 Mei – Pemain golf Amerika Syarikat, Max Homa memenangi kejuaraan PGA AS buat julung kali awal kelmarin, mengatasi cabaran pemenang kejohanan utama Justin Rose dan Jason Dufner untuk mengungguli Kejuaraan Wells Fargo dengan tiga pukulan.

    Homa mencatat empat bawah par 67 di Quail Hollow untuk mengakhiri 72 lubang dengan 15 bawah par 269 di Charlotte, North Carolina.

    Pencapaian terbaik pemain nombor 417 dunia itu dalam Jelajah PGA AS sebelum ini adalah berkongsi tangga keenam pada Terbuka Sony 2015 di Hawaii.

    Homa dua kali hilang kad kelayakan beraksi dalam Jelajah PGA AS, melepasi hanya satu ‘cut’ dalam 17 kejohanan pada musim 2016-17 sebelum meraih semula kadnya musim ini.

    “Terlalu mengujakan,” kata Homa mengenai perasaannya. “Saya pernah mengalami kekecewaan besar di sini. Jadi mendapat peluang untuk terus beraksi terlalu hebat. Saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini.”

    Joel Dahmen, seorang lagi pemain AS yang memburu kejuaraan sulung PGA AS, di tangga kedua dengan 272 selepas penamat 70 dengan pemain nombor dua dunia Rose dari England ketiga (273) dan pemain Sepanyol, Sergio Garcia, Paul Casey (England), Rickie Fowler (AS) dan Dufner (AS) semua berkongsi tangga keempat dengan 275. – AFP

    Homa bergambar bersama trofi kejuaraan setelah memenangi PGA AS buat julung kalinya di Quail Hollow, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda