Hon kereta bingit ditukar bunyi muzik?

NEW DELHI, 5 OKT – Menteri pengangkutan India mempertimbangkan satu undang-undang yang menyeru agar menggantikan bunyi hon kereta yang sentiasa bingit di negara itu dengan bunyi muzik.

“Saya sedang mengkaji perkara ini dan tidak lama lagi merancang untuk membuat undang-undang semua bunyi hon bagi segala jenis kenderaan perlu diubah kepada instrumen muzikal India agar ia lebih sedap didengar,” Nitin Gadkari memberitahu media tempatan kelmarin.

Bunyi hon mungkin dihasilkan daripada bunyi seruling, biola atau harmonium, tambahnya.

Gadkari juga berkata dia ingin menggantikan bunyi siren ‘yang menjengkelkan’ yang digunakan oleh kenderaan ambulan dan polis dengan bunyi yang lebih elok. – AFP