Honda capai kesepakatan penyelesaian AS$85 juta

NEW YORK, 26 OGOS – Honda mencapai kesepakatan penyelesaian bernilai AS$85 juta dengan beberapa negeri selepas didakwa menyembunyikan kegagalan keselamatan beg udara kenderaan Honda dan Acura yang dijual di Amerika Syarikat.

Penyelesaian ini meleraikan dakwaan terhadap kegagalan Honda dalam isu beg udara pada sistem yang dipasang pada kenderaan tersebut.

Sistem ini dirancang dan dibuat oleh Takata Corp yang sekali gus telah menyebabkan penarikan semula kenderaan dalam kuantiti yang besar di seluruh dunia.

Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh di seluruh dunia akibat kegagalan tersebut dan lebih daripada 300 orang mengalami kecederaan.

“Pembekal beg udara, Takata, mengaku bersalah pada tahun 2017 atas tuduhan penipuan jenayah kerana menipu Honda dan pembuat kenderaan lain mengenai keselamatan beg udara,” kata Honda dalam satu kenyataan yang telah disiapkan.

“Di bawah syarat-syarat penyelesaian sivil ini, Honda tidak mengakui melakukan kesalahan.”

Penyelesaian itu diumumkan baru-baru ini dengan melibatkan peguam negara dari 48 negeri. – AP