Monday, December 5, 2022
22.3 C
Brunei

-

Honda Jazz serba baharu masuki pasaran Brunei

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Happy Motoring Co Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Honda di Brunei, secara rasmi telah memperkenalkan Honda Jazz Generasi keempat yang telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Red Dot 2021, salah satu anugerah reka bentuk yang paling dikenali di dunia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Happy Motoring, Honda Jazz serba baharu itu membuat debut semasa Tokyo Motor Show 2019 dan mula dijual di Eropah dan Jepun pada awal 2020.

Hatchback segmen B generasi keempat itu menawarkan kabin yang luas dan mesra pengguna – Honda menyatakan ia menawarkan pelbagai aspek ‘keselesaan’, nilai yang tidak dapat dinyatakan melalui spesifikasi.

Kenyataan menjelaskan, Jazz serba baharu itu mewarisi kabin yang luas dan konfigurasi tempat duduk serba boleh yang melebihi apa yang diharapkan daripada kereta kompak. Ia juga mempunyai banyak ruang penyimpanan dan kapasiti kargo.

Keterlihatan (Visibility), yang sudah hebat, diperbaiki lagi dengan mengurangkan ketebalan tiang depan hingga kurang separuh daripada ukuran sebelumnya, tanpa menjejaskan crashworthiness.

Generasi keempat Honda Jazz mengekalkan ruang kabin yang luas. – Gambar serahan Happy Motoring

Pemandangan pemandu juga dibantu dengan papan pemuka yang rata dan panel meter yang tidak berpenutup (unhooded).

Bahagian luar yang comel dirancang berdasarkan konsep ‘pasangan yang paling menyenangkan dalam kehidupan seharian pelanggan’. Dengan kata kunci ‘perasaan mesra’, ‘rasa yakin’ dan ‘prestasi pemanduan’, pasukan reka bentuk berusaha menghasilkan reka bentuk yang akan disukai oleh pelbagai pelanggan.

Bagi pasaran Brunei, Jazz terbaharu yang diperkenalkan adalah model asas yang dikuasakan 1.5 DOHC iVTEC yang menjana kuasa maksimum 121/6600 (PS/RPM), dilengkapi dengan enam beg udara SRS dan lapan jenis warna.

Sehubungan itu, Happy Motoring mengalu-alukan orang ramai untuk memandu uji bagi merasakan sendiri pengalaman memandu kereta berkenaan.

Dalam pada itu, Happy Motoring juga menawarkan harga perkenalan istimewa di mana harganya serupa dengan harga Jazz sebelumnya.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

ASEAN: Tiga tindakan promosi pembangunan bandar mampan

FUKUSHIMA, 4 DIS – Mesyuarat keempat Peringkat Tinggi Rangkaian Bandar Pintar ASEAN-Jepun bermula di sini hari ini, dengan ASEAN mengetengahkan tiga tindakan utama untuk...

Australia dakwa suspek IS

- Advertisment -