Honda lancar edisi terhad CR-V Mugen

KUALA LUMPUR, 18 JULAI – Honda Malaysia melancarkan edisi terhad CR-V dengan kit badan Mugen, sejak diperkenalkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.

Hanya 300 unit edisi terhad CR-V Mugen varian 1.5L 2WD turbo ditawarkan dalam dua warna,  passion red pearl (RM152,900) dan white orchid pearl (RM153,300).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata CR-V merupakan model sempurna untuk pelanggan berorientasikan keluarga yang menikmati gaya hidup aktif bandar premium.

“Penambahbaikan ke atas model edisi khas ini memberikannya wajah yang lebih segar ke atas model Honda, yang seterusnya akan merangsang pasaran dan menyumbang untuk mengekalkan kedudukan kepimpinan kami dalam segmen bukan nasional,” katanya dalam kenyataan. – Bernama