Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Honda, Sony bergabung tenaga bina kenderaan elektrik

    TOKYO, 4 MAC – Dua syarikat Jepun ternama dalam elektronik dan auto bergabung untuk menghasilkan kenderaan elektrik.

    Sony Corp dan Honda Motor Co bersetuju untuk menubuhkan usaha sama tahun ini untuk mula menjual kenderaan elektrik menjelang 2025, kata kedua-dua pihak hari ini.

    Rancangan itu adalah untuk menghimpunkan kepakaran Honda dalam pembangunan mobiliti, teknologi dan jualan dengan kepakaran pengimejan, telekomunikasi, rangkaian dan hiburan daripada Sony.

    Penggabungan perniagaan pembuatan yang berbeza secara tradisi adalah sesuatu yang jarang berlaku di Jepun tetapi ia masuk akal pada zaman kenderaan elektrik, yang kekurangan enjin berkuasa petrol dan mempunyai elektronik yang rumit.

    Oleh itu, kerjasama itu akan membangunkan dan mereka bentuk produk, tetapi akan menggunakan kilang Honda untuk pembuatan, manakala Sony akan membangunkan platform perkhidmatan mobiliti.

    Sementara itu, kedua-dua Sony dan Honda mempunyai permulaan yang sederhana pada tahun 1940an apabila Jepun membina semula negaranya daripada Perang Dunia kedua. Kedua-duanya mempunyai pengasas yang berkarisma.

    Honda diasaskan oleh Soichiro Honda, seorang jurutera, industrialis dan terkenal sebagai seorang yang bukan mudah tunduk. Beliau mula membantu di kedai pembaikan basikal bapanya dan akhirnya membina Honda menjadi kuasa global dan sering dipetik sebagai berkata seperti: Diploma tidak bernilai, belajar bekerja dengan tangan awda, atau bekerja untuk diri sendiri dan bukan syarikat. – AFP

    Honda dan Sony bakal bekerjasama dalam pembuatan kereta elektrik di Jepun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...