Honduras dilanda gempa bermagnitud 6.3

SAN SALVADOR, 16 APRIL – Satu gempa bumi dengan magnitud 6.3 melanda pantai di luar Honduras hari ini, kata Jabatan Geologi AS, tetapi tidak adanya laporan kerosakan atau kemalangan jiwa.

Gempa itu melanda sekitar 90 batu dari utara pinggir laut Honduras sejurus selepas pukul 2:00 pagi.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata ‘tidak timbulnya ancaman’ tsunami. – AFP