Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Honey Lee timang anak perempuan

    Pelakon Korea, Honey Lee selamat melahirkan anak perempuan pada 20 Jun lalu. Berita gembira itu dimaklumkan oleh agensinya, Saram Entertainment dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    “Kami ingin berkongsi berita gembira di mana artis naungan kami, Honey Lee selamat melahirkan anak perempuan di sebuah hospital di Seoul pada 20 Jun.

    “Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, buat masa ini mereka berdua berada di bawah jagaan keluarga.

    “Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghantar ucapan tahniah, dan sila kirimkan kata-kata semangat kepada pelakon Honey Lee yang telah menerima ahli keluarga baharu dalam kehidupannya,” maklum kenyataan itu.

    Bagaimanapun setakat ini Honey tidak berkongsi apa-apa perkembangan diri dan juga anak sulungnya.

    Terdahulu, Honey telah berkahwin dengan teman lelakinya yang merupakan bukan golongan selebriti pada Disember 2021 sebulan selepas mengumumkan hubungan mereka. – Agensi

    Honey Lee selamat melahirkan anak perempuan pada 20 Jun lalu menurut agensinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...