Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Hong Hyun Hee, Jason timang anak lelaki

    Pelawak dan personaliti televisyen Korea Hong Hyun Hee dan suaminya, Jason, kini menimang seorang anak lelaki. Pada 5 Ogos lalu, agensi pelawak Korea itu dikenali sebagai Sky E&M berkata, “Hong Hyun Hee telah melahirkan seorang anak lelaki yang sihat pada jam 10 pagi di sebuah hospital di Seoul. Kedua-dua anak dan ibu itu kini berada dalam keadaan sihat. Hong Hyun Hee ketika ini sedang dalam pemulihan dan di bawah penjagaan keluarga.”

    Jason dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya mengongsikan satu gambar kaki anak lelakinya yang baru lahir dengan tulisan, “5 Ogos 2022. Anak lelaki kami Ddongbyul (nama panggilan) dilahirkan dalam keadan sihat.”

    Hong Hyun Hee berkahwin dengan Jason, iaitu seorang pereka dalaman, pada Oktober 2018. Mereka baru-baru ini dilaporkan menyertai sebuah rancangan televisyen ‘The Return of Superman’ yang disiarkan di saluran KBS 2TV. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...