Friday, October 11, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hong Kong catat Festival Pertengahan Musim Luruh paling panas

    HONG KONG, 17 SEPT – Hong Kong mengalami Festival Pertengahan Musim Luruh yang paling panas sejak rekod bermula pada tahun 1884 dengan suhu mencecah 35.7 darjah Celsius, kata perkhidmatan cuaca bandar itu hari ini.

    Balai Cerap Hong Kong berkata hari ini juga merupakan hari paling panas bagi tahun 2024 dan menggesa orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti minum lebih banyak air dan mengelakkan aktiviti luar yang berat.

    “Sehingga jam 4 petang, suhu maksimum yang direkodkan di balai cerap ialah 35.7 darjah Celsius, Festival Pertengahan Musim Luruh yang paling panas pernah direkodkan, juga suhu tertinggi setakat ini pada tahun ini,” kata balai cerap itu.

    Perayaan berkenaan – apabila bulan dikatakan mengambang – biasanya disambut antara pertengahan September dan awal Oktober oleh keluarga di seluruh China dengan hidangan, kuih bulan dan tanglung.

    Namun, para pemerhati bulan di Hong Kong mungkin kecewa kerana cuaca mendung dengan beberapa ramalan hujan dan ribut petir dijangka melanda lewat hari ini, kata balai cerap itu. – AFP

    Tanglung dilihat dipamerkan di Victoria Park sempena perayaan bagi menandakan Festival Pertengahan Musim Luruh di Hong Kong pada 12 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda