HONG KONG/TOKYO – Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud telah menggegarkan barat Pulau Macquarie pada jam 8:58 waktu tempatan hari ini.
Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa dikesan pada kedalaman 10km.
Sementara itu, Jepun juga mengesan gempa bumi berukuran 5 magnitud di Wilayah Ibaraki hari ini, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA). – Xinhua