Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Hong Kong longgarkan kuarantin

    HONG KONG, 5 JULAI – Ketua eksekutif baharu Hong Kong, John Lee berjanji akan melonggarkan sekatan bagi pengembara namun dalam masa yang sama mengimbangi risiko penularan koronavirus agar tidak membebankan sistem penjagaan kesihatan wilayah itu.

    Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sejak mengambil alih pentadbiran.

    Hong Kong dan tanah besar China merupakan antara beberapa tempat di dunia yang masih melaksanakan langkah kuarantin bagi ketibaan pengembara dalam usahanya mengurangkan penularan virus dalam masa dua setengah tahun pandemik. Kebanyakan pengembara tiba di Hong Kong dikehendaki menjalani kuarantin mandatori tujuh hari di hotel-hotel ditetapkan.

    Lee, bekas pegawai keselamatan yang merupakan satu-satunya calon dalam pilihan raya ketua eksekutif Hong Kong, mengambil alih penta-dbiran pada Jumaat, menggantikan Carrie Lam.

    Bercakap dalam sidang media pertamanya menjelang mesyuarat Majlis Eksekutif hari ini, Lee mengatakan Hong Kong adalah ‘sebuah bandar antarabangsa’ dan beliau ‘sedar’ keperluan bagi Hong terus terbuka dan memudahkan bagi pengembara.

    “Tetapi ia juga penting yang kita mengutarakan risiko pada masa yang sama mengekalkan keseimbangan baik,” katanya. Menurut Lee, menteri kesihatan bandar itu sedang menilai data mengenai bagaimana tempoh kuarantin boleh disesuaikan dan akan memformulasikan pilihan untuk dipertimbangkan oleh beliau.

    Kes COVID wilayah itu telah meningkat, dengan lebih 1,000 kes setiap hari sejak pertengahan Jun, berbanding hanya ratusan sehari dalam awal Mei. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...