Hong Leong perkenal eToken

KUALA LUMPUR, 7 OKT – Hong Leong Bank, sejajar dengan pelan tindakan pendigitalannya, memperkenalkan eToken yang baharu, selamat dan lancar untuk pelanggan korporat serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong, Domenic Fuda berkata dengan HL ConnectFirst eToken, pelanggan korporat dan PKS kini boleh menikmati penga-laman perbankan yang lancar, tanpa perlu membawa token fizikal.

“eToken juga akan disepadukan dengan aplikasi perbankan mudah alih HL ConnectFirst yang akan datang di telefon pintar, sekali gus mengurangkan halangan dalam proses urus niaga dalam talian dan perbankan am. – Bernama