Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Honor X9b 5G tampil canggih

     Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Vicom Enterprise selaku pengedar telefon pintar jenama Honor telah melancarkan Honor X9b 5G ke pasaran Negara Brunei Darussalam di Digital World, Gadong, kelmarin.

    Hadir menyempurnakan pelancaran telefon berkenaan ialah Pengurus Negara Honor Brunei, Vincent Sun; Pengurus Produk Honor, Soh Jinn Sheng; Pengarah Urusan Vicom, Kevin Lim; Pengarah Urusan Digital World, JD Foo dan Pengurus Jualan Vicom, Ryu Chan.

    Majlis berkenaan turut menyaksikan sesi taklimat yang disampaikan oleh salah seorang wakil dari Vicom Enterprise, dan diikuti dengan para jemputan mencuba telefon baharu berkenaan.

    Honor X9b 5G yang dilengkapi dengan paparan melengkung OLED Ultra Tough berkenaan merupakan telefon kelas pertengahan.

    Ia merupakan telefon pintar tahap baharu yang menawarkan kualiti tahan lasak dari semua sudut bagi membolehkan pengguna menggunakannya tanpa bimbang dalam kehidupan seharian.

    Honor X9b 5G dilengkapi dengan paparan melengkung OLED Ultra Tough. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara pelanggan yang hadir semasa majlis pelancaran telefon berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Salah satu cirinya adalah Honor Ultra-Bounce Anti-Drop Display yang boleh menyerap sehingga 1.2 kali ganda kesan kejatuhan.

    Honor X9b merupakan telefon pertama di dunia yang menerima pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut yang dianugerahkan oleh SGS Switzerland.

    Ia juga merupakan telefon pintar pertama yang memperkenalkan pemprosesan 4nm Snapdragon 6 Gen 1 di pasaran tempatan.

    Hadir dalam warna Sunrise Orange dengan rekaan belakang vegan leather dan reka bentuk premium, Honor X9b didatangkan dengan bateri berkapasiti besar sehingga 5,800mAh yang mampu bertahan sehingga tiga hari, serta storan dan memori 20GB+256GB terbesar dalam kelasnya dan UFS3.1 terpantas.

    Ia juga menawarkan keselesaan pengguna apabila dilengkapi skrin perlindungan mata kecerahan tinggi beresolusi 1.5k, selain kamera Ultra Clear 108MP untuk penghasilan gambar yang lebih jelas.

    Honor X9b kini boleh didapati di beberapa pengedar yang dilantik seperti Digital World, City Mobile dan lain-lain.

    Sempena pelancaran telefon berkenaan, majlis menyaksikan penyerahan Honor X9b kepada pelanggan yang membeli secara pra tempahan, dan Vicom Enterprise juga mengumumkan bermulanya kempen cabutan bertuah untuk setiap pembelian Honor X9b bermula kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda