Hoon (U-Kiss) bimbang peminat kecewa umum bakal isteri

Anggota kumpulan U-Kiss iaitu Hoon berkongsi berita gembira bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya Hwang Ji Seon pada 29 Mei ini.

Dalam sepucuk surat yang ditulis olehnya, Hoon meluahkan rasa gementar untuk berkongsi cerita perkahwinan tersebut kerana bimbang peminat akan merasa sedih.

“Saya bimbang dengan perkongsian ini peminat yang banyak memberi sokongan akan kecewa.

“Buat pertama kami saya mahu perkenalkan kekasih saya iaitu Hwang Ji Seon yang mungkin ada telah kenali menerusi beberapa program di televisyen.

“Kami akan berkahwin pada 29 Mei. Walau memulakan kehidupan yang baharu, namun saya tidak akan berhenti menjadi Hoon U-Kiss yang awda semua kenal,” ujarnya.

Hoon dan Ji Seong akan berkahwin dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja.

Untuk rekod, Ji Seong sebelum ini pernah menjadi anggota kumpulan Girl’s Day pada tahun 2010, namun hanya bertahan selama dua bulan sahaja. – Agensi

Hoon takut peminat kecewa kerana umumkan perkahwinan. – Agensi