Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    HORECA bantu peniaga keluar daripada krisis kewangan

    BEIRUT – Ketika pelawat melalui HORECA yang sesak, pameran perdagangan utama di Beirut yang berakhir pada Khamis lalu, mereka hampir tidak dapat mengetahui industri makanan Lubnan telah menerima kesan daripada krisis kewangan negara yang belum pernah terjadi sebelumnya.

    Selepas bertahun-tahun penggan-tungan berikutan COVID, acara perdagangan tiga hari itu kembali tahun ini untuk menghubungkan semula sektor makanan dan pertanian, kata Joumana Dammous Salame, pengasas perkhidmatan hospitaliti penaja HORECA, kepada Xinhua.

    “Ia adalah hab di mana orang dalam bidang makanan dan pertanian boleh bertemu, bertukar kepakaran dan memperoleh peluang perniagaan sambil menyertai pelbagai perbincangan dalam panel sampingan,” jelas Salame.

    Chadi Tannous, ketua pegawai produk di Three Brothers Distillery, berkata beliau ingin memperkenalkan produknya kepada pelanggan baharu dari Lubnan dan luar negara, dan acara itu membolehkannya bertemu dengan ahli perniagaan dari Asia dan Eropah.

    “Walaupun kami mempunyai jualan yang besar di pasaran Lubnan, kami memerlukan mata wang Amerika Syarikat untuk dapat mengekalkan operasi kami,” kata Tannous kepada Xinhua.

    Lubnan telah mengalami krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan kekurangan rizab mata wang asing yang telah menyebabkan kejatuhan dalam mata wang tempatan, menjerumuskan lebih 78 peratus penduduk ke dalam kemiskinan.

    Walid Abi Sleiman, pengurus jualan di kilang makanan Societe Michel Najjar, turut menghadiri acara itu untuk meneroka peluang baharu dalam pasaran tempatan dan luar negara.

    Abi Sleiman memberitahu Xinhua kebanyakan permintaan perniagaan yang dia terima semasa acara itu adalah mengenai mengeksport produk Lubnan, sambil menyatakan mata wang negara yang lemah telah menjadikan eksport produk Lubnan lebih kompetitif daripada menjualnya di pasaran tempatan.

    Bagi pihaknya, Jimmy Farhat, eksekutif jualan di MG Hotel Supplies, sebuah kilang yang mengeluarkan peralatan hotel, memberitahu Xinhua bahawa dia berharap tentang masa depan perniagaan di Lubnan, walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran yang dihadapi negara, itulah sebabnya dia berminat untuk mengambil bahagian dalam acara perdagangan seperti HORECA.

    “Kami tidak akan berputus asa dengan Lubnan,” kata Farhat, sambil menambah hotel dan restoran lebih suka membeli barangan keluaran tempatan untuk membantu syarikat Lubnan mengekalkan operasi mereka di tengah-tengah krisis semasa. Katanya, kilangnya menerima permintaan daripada industri hospitaliti di Syria, Arab Saudi, Kuwait dan Mesir.

    HORECA tahun ini juga menampilkan kumpulan bantuan Lubnan dan organisasi pemerkasaan yang membantu golongan yang terdedah.

    Yayasan Rene Moawad, dengan tumpuan kepada pembangunan manusia yang mapan, telah menyokong 1,300 wanita Lubnan dalam menghasilkan makanan untuk pasaran luar negara.

    “Kami mengambil bahagian selepas tiga tahun tidak hadir untuk bertindak sebagai perantara antara penerima bantuan kami dan pengimport asing yang akan membolehkan kami mengembangkan pasaran eksport untuk wanita ini,” kata Beauty Geitani, penyelaras lapangan di yayasan itu. – Xinhua

    Seorang peniaga mempamerkan keju di gerai pameran perdagangan HORECA di Beirut, Lubnan. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...