Sunday, December 10, 2023
29.1 C
Brunei

    -

    HORI dinobat johan boling PKWE BM

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Pasukan HORI telah dinobatkan sebagai johan bagi acara Sukan Perlawanan Boling sempena 10 Tahun Penubuhan Pusat Kegiatan Warga Emas Brunei dan Muara (PKWE BM) bagi tahun 2023 sekali gus menyandang gelaran Pasukan Terbaik dengan berjaya mengutip 305 mata, di Aman Hills, kelmarin.

    Acara yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan PKWE BM itu turut menyaksikan Pasukan HORI membawa pulang trofi sumbangan Pengurus PKWE BM, Haji Mohd Yussof bin Mohd Salleh.

    Dalam perlawanan itu, Pasukan LYD berjaya menduduki tempat kedua dengan mengutip 265 mata dan diikuti oleh Pasukan PWE berada ditempat ketiga dengan 248 mata.

    Sementara itu, Pengumpul Mata Terbanyak bagi kategori lelaki disandang oleh Haji Othman bin Haji Aliassan dengan memperolehi 120 mata dan bagi kategori perempuan, Rokiah binti Haji Apong dengan 70 mata.

    Acara turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disampaikan oleh Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan, Haji Omar bin Haji Sapar selaku tetamu kehormat majlis.

    Dengan adanya acara seumpama ini, ia akan dapat mengeratkan jalinan silaturahim dalam kalangan ahli dan seterusnya mengekalkan gaya hidup sihat.

    Pasukan HORI bergambar ramai setelah dinobatkan sebagai johan bagi acara tersebut di Aman Hills. – GAMBAR SERAHAN PKWE BM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hong Kong adakan pilihan raya majlis pertama di bawah peraturan baharu

    HONG KONG, 10 DIS - Penduduk pergi mengundi pada hari ini dalam pilihan raya majlis daerah pertama Hong Kong sejak rombakan pilihan raya dilaksanakan...