Hormat orang yang berpuasa

Baru-baru ini saya pergi ke gerai Ramadan bersama ahli keluarga saya untuk membeli juadah berbuka puasa. Setentunya gerai Ramadan ini, ramai pengunjung yang akan berkunjung tidak kira tua mahupun muda dan malah ada juga pengunjung yang bukan beragama Islam.

Apa yang menyedihkan saya, terdapat beberapa pengunjung bukan beragama Islam tidak menghormati pengunjung Muslim dan bulan Ramadan ini. Di mana, ketika saya berkunjung ke gerai Ramadan tersebut, pengunjung bukan beragama Islam itu secara terbuka makan dan minum sambil berjalan-jalan di gerai Ramadan tanpa segan silunya. Para pengunjung hanya mampu menggelengkan kepala dengan perilaku tersebut.

Di mana kah rasa hormat kepada pengunjung Muslim? Apabila hendak ditegur, setentunya ramai pengunjung merasa takut untuk menegur dan mungkin saja berfikir akan dipersalahkan serta dianggap rasis agama.

Kami tidak melarang pengunjung bukan Muslim untuk makan dan minum di bulan Ramadan ini tapi hormati agama dan bulan suci kami. Makan dan minumlah di kawasan yang tertutup dari pandangan awam.

Di harap kita sebagai rakyat dan penduduk di negara ini sama ada beragama Islam mahupun tidak sama-sama saling menghormati dan menjaga kemaslahatan masing-masing. Jangan baru ditegur, baru mengelak melakukannya.

Hormati