BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Susulan kemangkatan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, beberapa artikel mengenai kehidupan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia telah disiarkan dan diedarkan untuk menarik perhatian umum melalui media sosial dan antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui akaun media sosialnya hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa sebagaimana mana-mana keluarga yang kesedihan kehilangan orang tersayang, JPM menasihatkan orang ramai dan media mengelak daripada membuat sebarang berita tidak adil dan spekulasi.
JPM juga menasihatkan orang ramai untuk menghormati privasi kerabat diraja, terutamanya pada masa ini.