Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Horner bergelut satukan Red Bull

    SAO PAULO, 15 NOV – Ketua Red Bull, Christian Horner bergelut untuk menyelamatkan keharmonian pasukan dan reputasinya selepas perbalahan di GP Brazil menyaksikan Max Verstappen dan Sergio Perez terlibat dalam konflik, baru-baru ini.

    Verstappen yang telah memperoleh gelaran juara dunia kali kedua berturut-turut, menolak untuk memberitahu kenapa dia mengabaikan arahan pasukan sementara Perez, yang terkejut dengan perangai rakan sepasukannya itu berkata, Verstappen telah menunjukkan ‘siapa dirinya yang sebenar’.

    Perez yang memandu secara defensif semasa lap terakhir dalam GP Abu Dhabi 2021 sekali gus membantu Verstappen mengalahkan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton serta mendapat gelaran juara dunia buat pertama kali, berkata dia keliru dengan pertikaian itu.

    “Saya tak faham apa reaksinya. Jika dia ada dua gelaran juara, ia adalah kerana saya yang membantunya,” katanya.

    Horner memanggil kedua-dua pemandu itu untuk memperbaiki hubungan mereka selepas Verstappen menolak untuk mengikut arahan pasukan untuk membenarkan Perez memintasnya untuk mendapat tempat keenam pada penghujung pusingan.

    Red Bull mahu membantu pelumba Mexico itu untuk berada di hadapan pemandu Ferrari, Charles Leclerc, namun kedudukan mereka sekarang setaraf dengan 290 mata dengan berbaki satu perlumbaan. – AFP

    Sergio Peres (kanan), bersiap sedia di sebelah ketua pasukan Red Bull, Christian Horner semasa sesi latihan di GP Brazil, Sao Paulo, Brazil, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...