Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Horschel mendahului di Terbuka PGA Farmers

    LOS ANGELES, 27 JAN – Billy Horschel telah membuat pukulan sembilan-bawah-par 63 untuk mendahului Jelajah Terbuka PGA Farmers Insurance di Torrey Pines kelmarin.

    Horschel telah membuat sembilan pukulan birdies dan sembilan par dalam pusingan pembukaan yang sempurna di Padang Golf Utara yang terletak di selatan California untuk mendahului dengan satu pukulan daripada Michael Thompson pada lapan bawah par.

    Pusingan cemerlang oleh pemain berusia 35 tahun itu yang mendahului pada lubang ke-17 par-lima di 520 ela, apabila dia meraih dua green sebelum membuat dua pukulan usntuk birdie.

    Horschel mendedahkan selepas pusingannya bahawa dia hampir saja ingin menarik diri akibat mengalami kesukaran dengan masalah bahunya.

    “Saya tidak tahu sama ada saya akan melakukannya hari ini apabila saya bangun,” kata juara Piala FedEx 2014 itu. “Walaupun ketika saya memukul bola, saya masih tidak pasti jika saya akan bermain.” – AFP

    Aksi Billy Horschel melakukan pukulan tee pada lubang ke-18 semasa pusingan pertama Terbuka Farmers Insurance di Padang Golf Torrey Pines, 26 Januari di La Jolla, California. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...