Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Hosea Wong Zhenyu rangkul pingat Perak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Seorang lagi atlet wusyu negara, Hosea Wong Zhenyu berjaya menambah pungutan pingat di pentas Sukan Dunia 2022 setelah meraih pingat perak dengan pungutan mata hampir menyamai Wonhee Yu dari Korea Selatan yang meraih pingat emas dalam acara Taijiquan dan Taijijian lelaki di Birmingham, Alabama Amerika Syarikat pada hari ini.

    Hosea Wong Zhenyu melengkapkan kejayaannya selepas mempamerkan persembahan yang bertenaga dengan mengumpul keseluruhan 18.924 mata dalam kedua-dua acara tersebut.

    Penyertaan Brunei kali ini dalam Sukan Dunia 2022 merupakan peringkat tertinggi pertandingan antarabangsa dalam kejohanan wusyu di mana hanya seramai 10 orang atlet terbaik dalam Kejohanan Wusyu Dunia ke-15 pada 2019 layak menyertai pertandingan tersebut.

    Sukan Dunia 2022 merupakan acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat tahun oleh Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa.

    Kejohanan tersebut dianjurkan dengan sokongan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang menyaksikan seramai 3,600 orang atlet daripada lebih 100 buah negara mengambil bahagian dalam saingan bagi merebut sebanyak 223 pingat.

    Hosea Wong Zhenyu (tengah) meraih pingat perak dalam acara Taijiquan dan Taijijian lelaki Sukan Dunia 2022 di Birmingham, Alabama di Amerika Syarikat kelmarin. – Gambar serahan jurulatih Li Hui
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...