Hospital China terus waspada

HUANGGANG, 27 MAC – Pemeriksaan selesema berperingkat dan kakitangan perubatan masih dalam sut hazmat—wilayah Hubei, China mungkin melonggarkan sekatan selepas dua bulan lockdown, namun ia tidak bersikap sambil lewa memerangi virus itu.

Huanggang, salah satu bandar paling teruk terjejas COVID-19 di Hubei di mana virus itu muncul lewat tahun lalu, tidak merekodkan laporan jangkitan baharu semenjak 4 Mac lalu.

Hospital-hospitalnya dibuka semula untuk pesakit yang mengalami sakit lain berbanding virus membawa maut itu, namun tidak mendapat rawatan segera.

Kakitangan hospital mengambil langkah berwaspada dengan memeriksa suhu orang ramai secara berperingkat dan dalam masa yang sama, mereka turut mengenakan sut, gogal, pelindung muka, sarung tangan dan topeng muka bagi merekodkan butiran pesakit.

Orang yang didapati berdiri terlalu rapat dengan yang lain, diminta berpecah, langkah tegas bagi menghindari kembalinya virus itu. – AFP

Pegawai keselamatan memakai sut hazmat menunggu penumpang tiba di stesen kereta api Wuhan, China. Kakitangan perubatan dan lain-lainnya terus melaksanakan langkah berwaspada di Wuhan meskipun ia sudah pun bebas daripada virus. – AFP