Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Hospital Eropah uji guna dron bagi tujuan perubatan

    ANTWERP, BELGIUM, 24 OGOS – Hospital di Belgium mula menguji penggunaan dron untuk menjimatkan masa menghantar sampel tisu manusia di seluruh pusat bandar, antara pesakit di bilik pembedahan dan makmal perubatan iaitu yang pertama di Eropah.

    Dron yang diterbangkan oleh kon- traktor swasta berlepas dari bangunan Antwerp dalam kumpulan hospital ZNA dan terbang sejauh 800 meter untuk mendarat di atas bumbung tapak Sint-Augustus kumpulan GZA. Dron tersebut diletakkan botol steril yang mengandungi sampel tisu manusia untuk diuji bagi sel kanser. Penerbangan dron pertama itu diikuti oleh empat dron lagi.

    Syarikat persendirian Helicus adalah satu-satunya firma di Eropah yang telah diberikan lesen untuk menggunakan pesawat tanpa pemandu bagi tujuan perubatan di bandar raya dan dengan dikawal oleh juruterbang yang tidak dapat dilihat. Dron itu dihasilkan oleh firma Belgium SABCA, dan Helicus berharap dapat membangunkan operasi komersial dalam penerbangan biasa menjelang 2024.

    Ujian penerbangan sedang giat dilakukan, tetapi Kesatuan Eropah (EU) dijangka meluluskan peraturan penggunaan dron untuk perubatan tahun depan yang menyaksikan penerbangan perubatan dibenarkan merentasi blok 27 anggota EU.

    Ketua eksekutif Heliscus, Michael Shamim memberitahu AFP bahawa hospital dapat menjimatkan kos tenaga dan masa dalam ujian makmal, namun kelemahan penggunaan dron adalah kesukaran untuk memantau pesakit yang lebih jauh. Dron tidak terjejas oleh kelewatan lalu lintas dan penutupan jalan, oleh itu laluan terus mereka antara kemudahan hospital bukan sahaja lebih cepat tetapi juga lebih tepat.

    Dalam ujian pertama penerbangan perubatan menggunakan dron ini, hanya sampel yang bertujuan untuk penelitian tisu manusia dan air kencing sahaja yang terlibat tetapi Helicus berharap pada masa depan dron tersebut dapat membawa pemindahan darah dan organ penderma kepada pesakit secara terus. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...