Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Hospital Indonesia rawat 54 penduduk Palestin

    JAKARTA, 8 OGOS – Hospital Indonesia di Gaza merawat 54 penduduk Palestin cedera dan menerima lapan mangsa yang terbunuh sejak Israel memulakan serangan di Semenanjung Gaza Jumaat lalu.

    Menurut Medical Emergency Rescue Committee (MER-C) Indonesia, hospital yang terletak di Bayt Lahiya, Gaza utara menjadi pusat penting ketika berlakunya serangan.

    “Hospital Indonesia menjadi tempat utama bagi mangsa serangan mendapatkan rawatan perubatan segera,” kata suka-relawan MER-C Indonesia, Reza Aldilla Kurniawan dalam satu kenyataan. Menurut data di laman web Kementerian Kesihatan Palestin, angka kematian meningkat kepada 44 orang, termasuk 15 kanak-kanak dan empat wanita, dan 360 orang awam cedera. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...