Hospital M’sia bantu kawal COVID-19

KUALA LUMPUR, 27 FEB – Pasukan perubatan di Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh, diberi kepercayaan untuk terlibat dengan perancangan mengawal penularan COVID-19 terutama melibatkan etnik Rohingya.

Komander Op Starlight 4 Kolonel Dr Shahril Nizam Abd Jalil berkata pihaknya bekerjasama dengan pasukan kesihatan negara itu untuk membuat pemantauan dan mengambil langkah pencegahan yang perlu bagi mengawal penularan wabak tersebut.

“Setakat ini, tiada kes COVID-19 di Cox’s Bazar, Bangladesh, namun pasukan perubatan sentiasa bersedia dengan segala perancangan untuk mengawal wabak ini. – Bernama