Hospital penuh, gelombang kedua virus cengkam Pakistan

ISLAMABAD, 25 NOV – Unit rawatan intensif di seluruh Pakistan hampir melebihi kapasitinya ketika gelombang kedua koronavirus mulai menunjukkan peningkatan manakala para pegawai bergelut untuk menangani sikap acuh tak acuh orang awam terhadap pandemik.

Beberapa doktor memberitahu AFP hari ini yang hospital telah menolak untuk menerima pesakit disyaki dijangkiti COVID-19 dengan potensi krisis penjagaan kesihatan semakin meningkat sehari-hari.

“Dua minggu akan datang adalah kritikal dan situasi kami semakin bertambah buruk,” kata Qaisar Sajjad, setiausaha je-neral bagi Persatuan Perubatan Pakistan.

“Sekitar 95 peratus katil telah dipenuhi. Hanya beberapa hospital masih mempunyai kapasiti namun kebanyakan hospital penuh dan enggan menerima lebih ramai pesakit.” – AFP

Para pelajar memakai penutup mulut dan hidung semasa pulang dari sekolah di Lahore pada 25 November. – AFP