Hospital RIPAS terima 5,000 penutup hidung dan mulut

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Sebanyak 5,000 keping penutup hidung dan mulut disumbangkan oleh SMB Food Manufacturing Sdn Bhd kepada petugas barisan hadapan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), baru-baru ini.

Sumbangan berupa 100 kotak penutup hidung dan mulut itu disampaikan oleh wakil SMB Food Manufacturing Sdn Bhd, May Lim kepada petugas barisan hadapan hospital berkenaan sebagai sebahagian daripada sumbangan khidmat bakti masyarakat dalam sama-sama menangani penularan wabak COVID-19.

May Lim (kiri) menyampaikan sumbangan berupa 100 kotak penutup hidung dan mulut untuk petugas barisan hadapan Hospital RIPAS.